Bengkel Sukarelawan Ict Malaysia Bersama Komuniti 2018
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21-23 September yang lepas, Pusat Internet Kg Luak bersama 4 orang sukarelawan menyertai Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia Bersama Komuniti 2018 yang bertempat di Jinhold Hotel & Services Apartment, Miri Sarawak. Terdapat 10 Pusat Internet menyertai bengkel tersebut dimana seramai 51 orang peserta termasuk wakil Pusat Internet masing – masing.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari banyak memberikan pendedahan ICT kepada peserta. Antaranya pengenalan kepada insiantif MCMC sebagai contoh ialah Warga Digital, Klik dengan Bijak (KDB), E-waste dan Check Your Label. Turut juga pengenalan dan sesi perkongsian dari Pos Malaysia, taklimat E-Bayaran, kemahiran insaniah seperti komunikasi dan berinteraksi yang memberikan sesuatu yang baru kepada peserta sebelum menempuh dan menjalani sukarelawan yang berlangsung selama 6 minggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: